Monday, 28 March 2016

1.1.6 Komposisi Badan

Menganggar peratusan lemak badan:-

a) Pengukuran lipatan kulit
b) Pengiraan jumlah ukuran lipatan kulit



A) Pengukuran lipatan kulit

- Lipatan kulit ialah tisu longgar yang terdapat pada badan yang boleh dicubit dengan jari.
- Ketebalan lipatan kulit boleh diukur menggunakan kaliper.
- Untuk menganggar peratusan lemak, kita perlu menjumlahkan ukuran lipatan kulit di
dua lokasi :- 
  •  Triceps.
  •  Subscapular.




B) Pengiraan jumlah ukuran lipatan kulit

- Ditentukan dengan menjumlahkan ukuran dua lokasi lipatan kulit dan merujuk jadual anggaran peratusan lemak badan. 
- Langkah-langkah menganggar peratusan lemak badan adalah seperti berikut:-
  • Dapatkan jumlah ukuran lipatan kulit bahagian triceps dan subscapular.
  •  Gunakan jadual yang diberi mengikut jantina untuk menganggar peratusan lemak badan.

FORMULA PENGUKURAN BMI


Pengukuran ketinggian
  1. Berdiri tegak tangan lurus di sisi badan. Tumit, kaki, kepala, belakang bahu dan pinggul menyentuh rod pengukuran atau dinding.
  2. Mata pandang ke hadapan.
  3. Turunkan pelaras ukuran ketinggian sehingga menyentuh kepala ( menekan rambut )
  4. Catat bacaan ketinggian pada 0.1 cm yang hampir.

Pengukuran berat badan
  1. Berdiri tegak tanpa kasut di atas alat penimbang. Mata pandang ke hadapan.
  2. Berat badan seimbang di atas kedua-dua belah kaki.
  3. Catat bacaan pada 100 g yang hampir.