Tuesday, 5 April 2016

5.2 Pengurusan Konflik dan Stres

SITUASI YANG MENYEBABKAN STRES

a. Peperiksaan
  • Tersalah jadual peperiksaan
  • Lewat tiba ke tempat peperiksaan
  • Persekitaran rumah yang bising
  • Masalah kesihatan
  • Tertinggal dokumen penting atau slip peperiksaan

b. Masalah perhubungan dengna rakan sebaya dan keluarga
  • Sukar menyesuaikan diri dengan rakan sebaya (cth:- ketika berpindah ke sekolah baru)
  • Perbezaan umur antara adik-beradik yang terlalu jauh
  • Ibu atau bapa yang pilih kasih
  • Kehilangan sahabat baik kerana berpindah atau kematian



PERHUBUNGAN KENDIRI

Kebanyakkan stres timbul mungkin berpunca daripada cara kita menilai diri. Disebabkan itu, kita hendaklah 

  • Bersikap ingin memperbaiki diri apabila telah menyedari akan kelemahan diri,
  • Mempertingkatkan keyakinan dan berfikiran positif.
  • Memandang kegagalan sebagai sesuatu pengajaran yang bernilai.
  • Mendapatkan latihan kemahiran sosial (cth: Menghadiri ceramah, kursus motivasi)
  • Mengenal pasti kesilapan yang dilakukan.


STRATEGI MENGURUSKAN STRES

1. Pengurusan masa
- Mengutamakan perkara yang penting

2. Beriadah
- Melakukan aktiviti luaran 

3. Bersikap positif
- Ubah cara berfikir ke arah yang lebih positif

4. Mengawal diri
- Bersikap tegas dan tidak agresif

5. Menyelesaikan masalah secara kreatif
- Senaraikan segala bentuk penyelesaian masalah

6. Mengamalkan pemakanan seimbang
- Jauhkan diri dari alkohol, rokok dan dadah

7. Mengamalkan teknik relaksasi
- Sembahyang
- Meditasi

8. Mendapat sokongan sosial
- Minta khidmat profesional seperti kaunselor, ahli terapi atau doktor