Monday, 28 March 2016

1.1.5 Kuasa Otot

Kuasa otot:-
Kemampuan otot untuk menjana daya yang maksimum dalam tempoh masa yang singkat.


Aktiviti Membina Kuasa Otot

a) Lompat ke atas peti lombol

- Bertujuan untuk membina kuasa mutlak otot kaki, khususnya otot-otot quadriceps, hamstring dan gastrocnemius.


b) Bounding

- Bertujuan untuk membina kuasa otot dinamik. Pembinaan kuasa berfokus kepada otot-otot gluteal, quadriceps dan hamstring.


c) Tekan tubi condong

- Bertujuan untuk membina kuasa otot deltoid, pectoralis major, triceps dan biceps.



d) Lompat kanggaru

- Mengguna kaedah pliometrik untuk membina kuasa dinamik kaki, khususnya otot-otot quadriceps, hamstring dan gastrocnemius.