Keupayaan seseorang bergerak dari suatu kedudukan ke kedudukan yang baru dalam masa yang singkat.
Contoh:-
Aksi atlet 100 meter menamatkan larian dari garisan permulaan ke garisan penamat.
Aktiviti Membina Kelajuan Dalam Situasi Permainan
Semua aktiviti di bawah mampu meningkatkan kelajuan kita dalam permainan tertentu:-
a) Berlari 30 meter sambil melantun bola.
b) Berlari 30 meter sambil mengawal bola hoki.
c) Lompat tali (jump rope)
Faedah Latihan
- Peningkatan kelajuan pergerakan anggota badan.
- Otot menjadi lebih kuat dan tidak mudah cedera.
- Peningkatan fungsi otot apabila otot mengalami hipertrofi, iaitu peningkatan saiz dan jisim otot.
- Tahap kemahiran motor meningkat dan boleh melakukan pergerakan kompleks dengan cekap.