Kemampuan maksimum otot untuk menjana daya bagi mengatasi rintangan.
Aktiviti membina kekuatan otot
a) Arm Curl
b) Curl Up (dengan beban)
c) Hamstring Curl Isometrik
A) Arm Curl
- Aktiviti ini bertujuan membina kekuatan otot biceps.
Fasa persediaan
1. Duduk dan posisikan lengan di tapak sokongan.
2. Ekstensi siku supaya melepasi tapak sokongan.
Fasa pelaksanaan
1. Letakkan barbell di tapak tangan dengan bantuan penyokong.
2. Hembus nafas dan angkat beban sehingga siku berkeadaan fleksi pada anggaran 45 darjah.
Fasa pemulihan
1. Tarik nafas dan ekstensi siku perlahan-lahan.
B) Curl Up (dengan beban)
- Bertujuan untuk membina kekuatan otot abdominis.
Fasa persediaan
1. Baring dan bengkokkan lutut pada anggaran 45 darjah. Posisikan bahagian betis di atas bangku.
2. Minta pembantu memegang kedua-kedua belah kaki jika perlu.
3. Pegang dan letakkan beban di atas dada.
2. Minta pembantu memegang kedua-kedua belah kaki jika perlu.
3. Pegang dan letakkan beban di atas dada.
Fasa menaikkan badan
1. Hembus nafas dan angkat bahagian atas badan dengan kelajuan sederhana sehingga anggaran ketinggian 30 darjah daripada permukaan.
Fasa menurunkan badan
1. Tarik nafas dan turunkan badan ke posisi asal dengan kelajuan sederhana.
C) Hamstring Curl Isometrik
- Bertujuan untuk membina kekuatan otot hamstring.Fasa ekstensi kaki
1. Tiarap dan fleksi kaki kanan pada anggaran 90 darjah.
2. Pembantu pegang kaki yang fleksi sebagai halangan.
3. Ekstensi kaki kanan. Pembantu halang pergerakan tersebut. Tahan selama 10 saat.
4. Rehat 2 saat dan ulang aksi (3) sebanyak lapan repetisi.
5. Ulang langkah (1) hingga (4) untuk kaki kiri.
Fasa fleksi kaki
1. Tiarap dan fleksi kaki kanan pada anggaran 45 darjah.
2. Pembantu pegang kaki yang fleksi sebagai halangan.
3. Fleksi kaki kanan. Pembantu halang pergerakan tersebut. Tahan selama 10 saat.
4. Rehat 2 saat dan ulang aksi (3) sebanyak lapan repetisi.
5. Ulang langkah (1) hingga (4) untuk kaki kiri.
Faedah Latihan Kekuatan Otot
- Mengurangkan rasa tekanan.
- Mengawal berat badan.
- Membentuk postur yang baik.
- Mengurangkan risiko mendapat kecederaan.
- Otot menjadi hipertrofi,
- Menguatkan tulang.
- Mengurangkan risiko osteoporosis.