Latihan bebanan
- Latihan isotonik
- Latihan isometrik
Latihan isotonik - melibatkan pemendekan otot ke tahap asal.
Latihan isometrik - berlaku penguncupan otot tanpa melibatkan perubahansaiz otot.
Latihan bagi meningkatkan daya tahan otot
1) Half squat
2) Bench press
- Aktiviti ini memerlukan khidmat pembantu sekiranya dilakukan dengan alat bebanan bebas.
- Latihan ini khusus untuk meningkatkan daya tahan otot pectoralis major dan triceps.
3) Hamstring curl
- Aktiviti ini boleh dilakukan dengan bantuan rakan atau menggunakan mesin beban.
- Aktiviti ini dilakukan untuk melatih otot hamstring.
4) Back extension
- Aktiviti ini boleh dilakukan bersendirian di atas kerusi Roman, tetapi memerlukan bantuan jika dilakukan di atas bangku panjang.
- Aktiviti ini dilakukan untuk meningkatkan daya tahan otot hamstring (biceps femoris), gluteus, erector spinae dan otot belakang bahagian bawah badan.
5) Crunches
- Aktiviti ini memberi kesan pada otot-otot abdominis jika dilakukan pada setiap hari.
- Jika menyilang badan, kesannya akan dirasai pada otot external obliques.
Faedah latihan
- Peningkatan perawakan diri dan keyakinan individu.
- Berlaku sedikit peningkatan enzim yang berkaitan dengan aktiviti aerobik dalam kitaran Kreb.
- Peningkatan ketumpatan kreatina otot yang menjadi bahan sumber tenaga semerta pembinaan semula ATP otot.
- Peningkatan kekuatan tisu penyambung, tendon dan ligamen.