Sunday, 17 January 2016

1.1.1 Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular: Keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot.

Daya tahan: Keupayaan seseorang untuk melakukan sesuatu kerja dalam jangka masa yang lama dan berulang-ulang.

Kardiovaskular: Gabungan kardiak yang bermaksud jantung dan vaskular yang bermaksud salur darah.



Terdiri daripada:-

1. Jantung - mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistematik.

2. Paru-paru - membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan karbon dioksida dari darah.

3. Rangkaian arteri - membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh.

4. Rangkaian vena - membawa darah dari seluruh tubuh balik ke jantung.



Aktiviti membina daya tahan kardiovaskular

- Latihan Paarlauf
- Latihan Piramid
- Latihan Tali

Aspek keselamatan

- Minum air secukupnya sebelum, semasa dan selepas.

- Berlatih dalam persekitaran yang sesuai.

- Melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan sebelum dan selepas latihan.

- Menentukan KNL dengan menggunakan kaedah karvonen.

- Meningkatkan jarak dan tempoh masa larian secara progresif dengan kelajuan yang sederhana.

- Memaklumkan masalah kesihatan kepada jurulatih.

- Memakai pakaian dan kasut yang sesuai.

Kesan latihan daya tahan kardiovaskular:-

- Pertambahan saiz ruang jantung.

- Pertambahan ketebalan dinding jantung.

- Pertambahan keanjalan otot jantung.

- Pertambahan jaringan kapilari darah di otot.

- Lebih banyak darah beroksigen dapat dibekalkan oleh jantung untuk kegunaan tubuh badan.